Monday, September 24, 2012

You r mine, im yours!^^

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. Cekidauuuttt!^^



1. Bersahaja 

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, 

cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak 

dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia 

sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, 

apabila dia tampil bersahaja dan  tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang 

sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama 

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun 

tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, 

gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali 

apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa 

dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima Kita Seadanya 

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu 

perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak 

mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu 

yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia 

tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.Tidak perlu 

menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur 

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap 

jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. 

Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di 

hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling 

penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada 

berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. 

Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah 

sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai 


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya 


dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin 

memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?Bagi mereka yang berjodoh, 

sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani 

mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya 

berbanding rakan-rakan yang lain.Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita 

pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. 

Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.




6. Senang Bekerjasama 

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang 

panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu 


memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.


Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan 


tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan 


melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa 


memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.Ini penting kerana ia 

mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita 

hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. 

Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami diri kita 

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit 


dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami 


kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun 


berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam 


percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini 

juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di  

kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan 

hidup kita.


                                8. Tampilkan kelemahan 

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan 


yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan 


keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu 


menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang 

untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak 

segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur 

ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. 

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang 

ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati 

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat 

mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat 

saling tahu perasaan masing-masing.Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu 

sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita 

yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha 

berkuasa.

                           10. Solat Istikharah dan Tawakkal 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas 

dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan 

sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan 

tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah 

memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia 

pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang 

kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya 

diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya 

sementara.

~♥♥♥ Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya ♥♥♥~

Wednesday, July 25, 2012

kepadaMu aku bersujud ♡

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t



Bila hati menghadap Tuhan baru ku sedar ada kelemahan..terasa kerdil..terharu terfikir betapa Agungnya Tuhan..
Tuhanku aku tidak layak masuk syurgaMu..namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu..terimalah taubatku dan ampunkan dosa2 ku..
Inginku ubah cara hidup ku yang lalu menjadi hamba yang diredhai selalu..tiada palsu wahai Tuhanku, Allah Yang Satu..

Monday, July 23, 2012

♡ Dear Future Husband ♡


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


‎ I don’t want to be your girlfriend. I just want to be the one you call your wife. Your presence will give me happiness. You’ll be my halal prince charming. Riding your horse of Taqwa. Holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah in your left. I hear you’re worth the wait, so I'll wait Insha’Allah.  ♡
My heart belongs to no one, I just thought I should let you know. It belongs to Allah & only Him. You’ll have to get lost in Him to find me & even then you’ll still have to rightfully become apart of my heart. Only through Him. What I’m trying to say is that we have to get lost in Him to find each other. I hope you’re up for the journey. I know who I am.  ♡